9 tips ajar anak cepat bercakap


Perkembangan setiap anak-anak semestinya dinantikan oleh ibu bapa. Bukan sahaja dipuji, malahan perkembangan mereka dirakam untuk ditatap di kemudian hari. Ada yang menyatakan perkembangan anak-anak itu berbeza. Tetapi sebagai ibu bapa seharusnya juga memainkan peranan untuk melihat perubahan anak-anak. 

Tidak dapat dinafikan komunikasi dan interaksi antara ibu bapa dan bayi amat penting. Kedua-dua elemen ini akan membantu mempercepatkan bayi bercakap. Selain itu juga, terdapat langkah-langkah lain yang dikongsikan oleh Kelab Timang  untuk menggalakkan bayi bercakap.

GALAKKAN BAYI BERCAKAP

Dalam kesibukkan melancarkan program Timang, saya bermimpi bercakap dengan seorang bayi baru berumur 10 bulan. Ini luar biasa kerana percakapan seperti itu hanya berlaku pada kanak-kanak antara umur 2 hingga 3 tahun.

Apakah langkah-langkah untuk cepatkan bayi bercakap?

1. Selepas memadikan, amalkan lumur minyak zaiton pada seluruh tubuh badan bayi dari kepala hingga kaki, sambil mengusap dan mengurut-gurut, bercakap-cakap, menyanyi, mengaggah, dan ketawa, bermain-main gerakkan muka ke arah bayi.

2. Main tutup dan buka muka dengan kedua tapak tangan ,sambil kata "Caa" bila muka (peekaboo) dan nyanyikan lagu-lagu kanak, nasyid, selawat atau lain-lain. 

3. Tunjukkan buku bergambar, tidak perlu baca, hanya ceritakan apa yang dilihatnya.

4. Galakkan bercakap dengan perkataan mudah dan bentuk ayat pendek dan ringkas, cuba tambah perkataan kepada ayat yang bayi sudah sebut.

5. Jangan uji kebolehan bayi, jangan paksa, jauhkan apa bentuk tekanan, bayi lebih suka belajar cakap sambil bermain-main. 

6. Jangan kritik bila bayi buat sebutan salah keatas suatu benda, hanya beri sebutan yang betul dan tepat.

7. Galakkan bayi bercakap-cakap dan luaskan pemikiran. Bimbing dan galakkan.

8. Beri banyak peluang kanak-kanak bercakap dan menyoal, beri jawapan dan sanjungan serta pujian.

9. Kurangkan bunyi bising disekitaran saperti bunyi TV dan radio yang boleh mengganggu percakapan bayi.

Sumber: Kelab Timang