'Ini yang saya pakai, buat kulit muka saya flawless & bebas jerawat' - Eskinol Lemon + Ubat Jerawat


Apabila jerawat muncul, mula terasa gelisah. Saat itu juga, mula rasa malu berdepan dengan orang ramai. Walaupun jerawat boleh ditutup dengan solekan, tetapi ada yang merasakan wajah mereka tetap tidak sempurna.

Ada juga yang bertindak memicit jerawat. Perbuatan ini sebenarnya tidak bagus kerana pelbagai kesan yang akan timbul pada wajah.

Perkongsian menarik ini bakal membuatkan kaum wanita terutamanya, tersenyum dan menarik nafas lega. Penggunaan eskinol lemon dan juga ubat jerawat yang digunakan oleh wanita ini bukan sahaja menghilangkan jerawat, malah melicinkan lagi kulit wajahnya.

HARI ini rajin sikit nak bercerita tentang ubat jerawat. Sebulan yang lalu, tiba-tiba kulit muka saya breakout dan jerawat tidak diundang menyerang.

Saya pergi klinik pakar kulit habis RM1,000. Tapi jerawat bukan makin surut tapi makin meriah keluar. Tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu, zaman budak asrama. Masa itu muka penuh jerawat batu. Inilah yang saya pakai, yang membuatkan kulit saya flawless. Kalau tidak percaya, boleh tanya geng asrama dulu.



Pertama, saya pergi ke farmasi cari eskinol lemon, lemon sahaja yang lain tidak boleh. Selepas itu, saya tanya kakak cantik yang jaga farmasi itu, minta ubat antibiotik/ubat jerawat.

Sampai di rumah, saya buka kapsul ubat itu dan masukkan dalam botol eskinol dan goncang. Saya masukkan lima biji supaya lagi berkesan kononlah. Pernah sampai 10 biji lagi zaman dulu la.



Kemudian pergi duduk di depan kipas sambil nyanyi lagu Ziana Zain, ambil kapas tonyoh muka sampai kapas itu bersih. Selagi berdaki, gosoklah sampai putih.


Lebih menarik lagi di mana ada jerawat itu, ambil kapas tuang eskinol dan tekapkan di jerawat sampai kering. Tapi kena tahan pedih. InshaAllah satu malam jerawat kering. Seminggu kemudian, semua jerawat mati. Sebulan, kulit pun menjadi licin.

Sumber: Azma Omar

Post a Comment

3 Comments

  1. hai. nak tnye , ada side effect tk ?

    ReplyDelete
  2. Hai nak tnya .. Klau muka tkda jerawat ... tpii muka bminyak dn kering BOLEH pkai kha tu , ya ?

    ReplyDelete
  3. boleh pkai cri eskinol yg control oil

    ReplyDelete