Takut dapur kaca pecah? Ikut 6 langkah selamat ini


Baru-baru ini isu dapur kaca pecah kembali tular di media sosial. Pelbagai padangan yang telah diutarakan oleh netizen berhubung dengan isu ini. Ada yang mengatakan dapur kaca ini perlu diharamkan dan tidak kurang juga menyatakan pengguna tidak menjaga dapur kaca ini dengan sebaiknya. 

Berdasarkan isu viral tersebut juga, Public Health Malaysia turut berkongsikan beberapa tips penjagaan dapur kaca untuk panduan netizen. 

Memang merbahaya dan menakutkan! 

BEBERAPA insiden yang tular menunjukkan ia bukan suatu insiden yang asing di Malaysia. Mengapa perkara ini terjadi dan bagaimanakah insiden bahaya ini boleh dicegah? 

Dapur permukaan kaca memang lebih cantik dari segi estetika dan lebih mudah dibersihkan.Sebab itu, ia masih menjadi pilihan rakyat Malaysia. 

Untuk memastikan kualiti produk ini dan untuk melindungi pengguna, bermula April ini, semua jenis dapur perlu melalui proses penilaian khas oleh SIRIM.

Oleh itu, untuk memastikan produk dapur yang berkualiti, pilih yang memiliki pelekat dan  pengesahan dari sirim. Langkah lain untuk mencegah dapur kaca dari pecah adalah;
  1. Elakkan meletakkan beban terlalu berat. Periuk untuk memasak gulai kawah misalnya, memang tidak sesuai di gunakan di atas dapur kaca ini.
  2. Jangan gunakan peralatan dapur yang tajam dan merosakkan permukaan kaca ini. Kaca yang mula tercalar akan mudah retak dan pecah.
  3. Elakkan mengguna “steel wool” untuk menyental permukaan dapur kaca. Perkara ini juga akan mencalarkan permukaan dapur.
  4. Rajinkan diri membersihkan dapur dari kerak kerak sisa makanan. Periksa sekiranya ada kesan retak atau pecah.
  5. Sediakan ruang udara dikeliling dapur termasuk di bawah dapur. Objek panas akan mengembang, ruang sempit akan menyebabkan tekenan kepada bahan kaca ini.
  6. Baca manual arahan yang disediakan bersama produk. Sesetengah produk ada arahan khusus.

Rasa culas? Mungkin ada pilihan dapur lain yang lebih selamat untuk anda.

Sumber: Public Health Malaysia