Ketahui punca & cara menangani masalah kucing suka berak merata-rata


Ramai di antara kita yang menggemari kucing tak kira lelaki atau perempuan. Kerana sifatnya yang manja dan lincah, membuatkan kita tertawan sehinggakan kita menjadikan kucing sebagai kawan untuk bercakap.

Masalah pula akan timbul apabila kucing mula membuang najis di merata tempat walaupun sudah diajar berulang kali membuang di tempat yang sepatutnya. Pada saat itu, tidak ada lagi istilah manja. Tetapi, kita juga perlu ingat apakah punca kesilapan yang kita lakukan dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

5 PUNCA SI BULUS BERAK MERATA-RATA

1.  Litter box penuh dan terlalu kotor.
  • Ingat! Kucing dikategorikan sebagai haiwan pembersih dan OCD (obses) bab kebersihan. Bersihkan litter box sehari 1-2 kali. Untuk yang kurang masa gunakan besen mandi dan tambah liter box. Nisbah 1 litter box = 2-3 kucing.

2. Usah kerap mengalihkan litter box kerana ada sesetengah kucing boleh menjadi stress kerana 'tandasnya' kerap beralih dari satu tempat ke tempat lain. 

3. Masalah kucing baru yang dicampurkan sekali dengan kucing lama. 

4. 'Marking Area' 
  • Kebiasaannya masalah ini berlaku apabila tiba musim mengawan oleh kucing jantan yang subur. Cara terbaik adalah melakukan pemandulan di peringkat awal iaitu pada waktu kucing berusia 6-7 bulan. Marking area boleh menjadi habit sekiranya langkah pemandulan lambat dilakukan. 

5. Masalah kesihatan seperti batu karang, sakit buah pinggang atau pundi kencing rosak. Yang ini tuan empunya kucing perlu banyak bersabar. Kebanyakan berlaku apabila kucing peliharaan berusia lebih dari 10 tahun. Ia juga boleh berpunca dari pemakanan.