Eyeliner perlu dibentuk mengikut kesesuaian bentuk mata


Pandangan mata yang menawan sudah pasti memikat sesiapa sahaja yang memandang. Selain daripada memakai kanta lekap, sesetengah wanita sememangnya cukup menitikberatkan pemakaian eyeliner untuk kelihatan lebih menawan.

Pemakaian eyeliner bukan sekadar menggariskan di bahagian mata, tetapi untuk menjadikan mata lebih menawan, tajam dan bersinar. Eyeliner perlu dibentuk mengikut kesesuaian bentuk mata seseorang. 

Berikut adalah merupakan tips untuk menggayakan eyeliner. 

1.  Mata Asia
  • Bentuk eyeliner dengan bentuk wing atau melengkung di hujung sangat sesuai untuk anda kerana akan membuat mata lebih tajam dan bright.

2. Mata bulat
  • Cukup gunakan eyeliner dari tengah hingga hujung mata, tidak perlu full kerana mata bentuk mata sedemikian sudah cantik.

3. Mata Almond
  • Bentuklah eyeliner anda seperti wing eye dari pangkal mata ke hujung mata supaya mata anda tampak lebar namun tidak berlebihan.

Sumber: Tips Kecantikan