Makan makanan segar, lauk rebus selepas bersalin


Apabila selesai sahaja menjalani pembedahan, pelbagai tips atau petua yang ingin dicuba untuk memastikan luka pembedahan segera sembuh. Tetapi, pesakit juga perlu diingat, tidak boleh mengambil sebarang produk atau makanan yang boleh menyebabkan adhesions atau lekatan dan parut.

Berdasarkan perkongsian Dr Hamid Arshat, adhesions akan menimbulkan masalah sukar hamil, senggugut dan juga sakit pada rahim. 

Beliau juga menasihatkan agar menjauhkan dari memakan makanan segera, makanan yang diawet, produk-produk yang dibuat pati dan kolagen.

Sebaiknya, pesakit dinasihatkan untuk makan makanan yang segar, minum jus buah-buahan, teh halia, air kunyit. Beliau juga mengatakan pesakit perlu makan makanan yang dikukus, dan rebus seperti masakan cina selepas dibedah.

ADHESIONS atau LEKATAN dan PARUT timbulkan masalah sukar hamil, senggugut dan sakit pada rahim. 

Jauhkan dari makanan-makanan junk, yang diawet, produk-produk yang dibuat pati dan kolagen.

Makan yang segar dan mentah, jus-jus buah segar,  minum teh halia, air kunyit. Masakan lauk steam dan rebus ala cina lepas bedah. 

Sumber: Dr Hamid Arshat