Derita penyakit kaki gajah


Penyakit kaki gajah jarang didengari lebih-lebih lagi masyarakat kini kurang mendapat pendedahan dengan penyakit seperti ini. Tetapi, penyakit ini harus dipandang serius kerana jika tidak ditangani dengan segera,kesannya pesakit akan mengalami risiko kecacatan kekal pada pembesaran kaki, lengan dan beberapa anggota lain.

Menerusi artikel yang dipetik dari Harian Metro, Dr Tunku Shahrul Anuar  menyatakan terdapat langkah-langkah pencegahan yang perlu dilakukan oleh penduduk yang tinggal di kawasan endemik filariasis. Antaranya, mereka dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada gigitan nyamuk kerana ia vektor bagi penularan penyakit ini. 

Selain itu, penduduk perlu memastikan kawasan kediaman mereka bebas dari pembiakan nyamuk,menjaga kebersihan diri, dan memakai baju berlengan panjang serta elakkan daripada memakai pakaian berwaran gelap.

Berat mata memandang, berat lagi kaki yang melangkah.

PENYAKIT kaki gajah atau untut ini sebenarnya berpunca dari sejenis cacing berbentuk pita yang dipanggil filaria. Filaria ini menjangkiti manusia menerusi gigitan nyamuk dan ia akan tinggal di ruang limfa manusia iaitu bahagian cecair badan. 

Jangka hayat filaria ialah 4 hinga 6 tahun dan ia menghasilkan berjuta-juta mikrofilaria yang hidup dalam sirkulasi darah manusia. Apabila cacing dewasa ini memenuhi ruang limfa, saluran limfa akan tersumbat dan menyebabkan pembengkakan yang dinamakan sebagai Limfoedema.

Limfaedema inilah yang merupakan masalah untut dan kaki membesar. Ia lebih kerap berlaku di bahagian bawah badan tetapi boleh berlaku pada buah dada, skrotum, penis, tangan dan di bahagian vulva. 

Di Malaysia, terdapat lapan buah negeri yang mempunyai kawasan-kawasan endemik filariasis iaitu Kedah, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan endemic filariasis adalah dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada gigitan nyamuk kerana nyamuk merupakan vector bagi transmisi penyakit filariasis ini.

Semua negeri tersebut diberi tumpuan khusus dalam Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan dimana individu yang berisiko di periksa dan di beri rawatan sekiranya positif.

Sumber: Public Health Malaysia, Harian Metro