Produk berpantang di pasaran terlalu mahal? Cuba 10 petua tradisional ini


Selepas melahirkan anak, para ibu memerlukan waktu rehat yang secukupnya. Bukan setakat itu sahaja, kesihatan dalaman dan luaran juga perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Jika tidak, kesihatan ibu pasti terganggu. 

Untuk kekal bertenaga bagi wanita yang berpantang, ada ibu-ibu yang menggunakan pelbagai produk yang dijual di pasaran. Namun, adakalanya harga produk tersebut tidak masuk akal. Golongan ibu tidak perlu risau lagi kerana masih ada petua-petua nenek moyang yang boleh diamalkan untuk kesihatan luar dan dalam. Bukan sahaja berkesan, malahan menjimatkan wang.

PETUA SELEPAS BERSALIN

1. Segarkan badan

Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.

2. Naikkan seri wajah

Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

3. Kecutkan rahim

Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.

4. Rawatan dalaman

Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.

5. Tambah susu badan

Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.

6. Sembuhkan luka bersalin

Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.

Sumber: Tips Kekal Menawan