Amal makan buah oren untuk dapatkan kulit yang sihat


Buah oren merupakan sumber terbaik yang mengandungi Vitamin C dan terbukti berkesan untuk kesihatan dan juga penjagaan kulit. Selain dikatakan sumber vitamin c, buah oren juga mengandungi karbohidrat, postassium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus dan pelbagai lagi.

Bukan sahaja buah oren memberikan pelbagai manfaat, malahan kulit buah oren juga dikatakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk kecantikan. Tak perlu produk yang mahal, hanya buah oren pengganti kepada masalah kulit wajah.

1. Membersihkan kulit

Buah oren boleh membersihkan kulit wajah dengan cara memotong buah oren dan membuang biji-bijinya. Potongan tersebut seterusnya disapukan pada kulit wajah dan dibiarkan hingga kering. Selepas itu, bilas dengan air sejuk.

2. Memutihkan kulit

Kulit oren memiliki zat pemutih semulajadi yang dapat membantu mengurangi bintik-bintik gelap pada kulit dan juga mengurangi belang di kulit. Gosok kulit oren segar pada kulit secara teratur untuk mendapatkan hasil terbaik. Bilas wajah dengan air setelah 15 minit.

3. Membuang sel kulit mati

Setelah selesai makan oren, jangan buang kulitnya. Sebaliknya, keringkan kulit buah oren di bawah sinar matahari. Setelah kering, tumbuk kulit buah oren hingga menjadi serbuk. Ia digunakan sebagai skrub untuk wajah dan tubuh. Ada yang mencampurkannya dengan oatmeal, gula dan madu untuk mendapatkan khasiat tambahan.

4. Mengecilkan pori-pori kulit

Pori-pori kulit yang besar tidak hanya menganggu penampilan tetapi juga membuat kulit cepat kotor dan juga dapat  terjadinya radang kulit. Kini anda tidak perlu membuang kulit oren, manfaatkan saja kulit oren tersebut untuk mengecilkan pori-pori wajah. Caranya sangat mudah, kulit oren  dipotong-potong kecil,  dan direndam dalam air panas selama semalam. Pada keesokkan harinya, rendaman ini boleh digunakan untuk membasuh wajah.

5. Menghaluskan kulit

Menggunakan air perahan oren juga boleh digunakan untuk merawat kesihatan kulit dan membuat kulit lebih halus. Caranya mudah cukup dengan memerah oren sehingga mengeluarkan airnya, kemudian titiskan beberapa titis air oren tadi ke sepotong kapas yang sudah dicelupkan ke dalam air dan gunakan untuk disapukan ke bahagian wajah dan leher. Tunggu beberapa minit setelah itu baru dibilas dengan air.

Sumber: Tips Kecantikan