Kerap makan ikan masin boleh menyebabkan kanser perut, esofagus


Apabila sedang menikmati hidangan berlauk kampung atau kari, gulai dan sebagainya, seperti tidak lengkap jika tidak ada ikan masin, telur masin atau sayur jeruk. Apatah lagi ketika musim hujan, hidangan sebegini sudah pasti menambah selera.

Walaupun makanan seperti di atas dikatakan sebagai penambah selera, perlu diingat juga makanan sebegini jika kerap dimakan, boleh mengundang pelbagai penyakit. 

Dr.Suri Roowi melalui status di Facebook menjelaskan mengapa makanan tersebut terdedah kepada pelbagai risiko.

PENGGEMAR IKAN MASIN, TELUR MASIN, SAYUR JERUK - AWAS!

KAJIAN menunjukkan seseorang akan terdedah kepada risiko kanser perut dan esofagus jika kerap memakan sayur-sayuran jeruk dan makanan masin seperti ikan masin, telur masin,  sayur masin dan daging masin serta menggambilnya pada kadar tinggi.

Kajian oleh Saintis Korea ke atas lebih daripada 2 juta orang pula mendapati diet tinggi garam meningkatkan risiko kanser perut sebanyak 10 peratus.

Pada tahun 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan  pengambilan makanan tinggi garam pada kuantiti yang tinggi mungkin tingkatkan risiko kanser perut.

Kanser perut disebabkan oleh jangkitan bakteria Helicobacter pylori, banyak makan makanan tinggi garam, nitrit, merokok, alkohol, obesiti, radiasi dan faktor genetik.

Budu juga tinggi kandungan garam. Walaubagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan budu boleh bertindak sebagai anti kanser. Tetapi, tidak boleh diambil berlebihan.

Pengambilan garam berlebihan juga mengundang risiko darah tinggi. Makan ikut kadarnya dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

Post a Comment

0 Comments