Makan bawang putih baik untuk elak serangan penyakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi


Ramai yang menganggap bawang putih hanya sebagai penambah rasa di dalam masakan, tetapi sebenarnya bawang putih mengandungi kandungan zat, vitamin, protin, lemak dan sebagainya yang bertindak sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia. 

Bawang putih juga dikatakan sangat baik untuk mengelakkan serangan penyakit jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi, dan penyakit kanser. 

Selain daripada itu juga, bawang putih juga dapat memulihkan tenaga. Jadi, tidak hairan apabila budaya memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil turut diamalkan oleh orang-orang tua di negara Korea. Mungkin ramai yang tidak sanggup untuk makan secara mentah sebegitu, berikut merupakan petua dan cara yang dikongsikan oleh Petua Bonda.

PETUA DARI BAWANG PUTIH 

MESTI ramai je antara kita yang mudah mengantuk dan lesu, kan? Pernah terfikir tak, macam mana cara untuk pulihkan tenaga supaya sentiasa bertenaga dan cergas atau pun mungkin ada juga yang pernah dengar petua tradisional ini, kan,  yang guna telur ayam kampung itu. Tetapi sanggup ke nak amalkan?

Okey, sekarang nak share petua yang tak perlu guna telur. Tapi bahan utamanya masih juga bawang putih. Jom tengok! 

Cara Pertama

Tiga ulas bawang putih dipotong dan diricik halus supaya mudah untuk telan dan dicampurkan dengan satu sudu besar madu. Kacau rata dan minum.

Cara Kedua

Satu labu bawang putih, dileraikan dan digoreng tanpa minyak. Selepas itu, angkat dan buang kulitnya. Bawang putih tersebut boleh dimakan begitu sahaja atau pun dengan nasi panas.

Insya Allah berkesan. selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Sumber: Buletin HKP, Petua Bonda

Post a Comment

0 Comments