Rupanya makan kupang boleh menaikan 'Hb' wanita hamil


Wanita mengandung seringkali mempunyai masalah Hb (Hemoglobin) yang rendah. Kadangkala pelbagai rungutan yang didengari oleh kaum wanita apabila masalah Hb ini berlaku dan bermacam-macam petua juga yang dicari untuk memastikan Hb dalam keadaan normal. Jika tidak bertindak, pelbagai kesan dan risiko yang akan terjadi kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Makanan laut contohnya seperti kerang, dikatakan penyumbang kepada kenaikan Hb. Tetapi kupang juga dikatakan sedemikian seperti yang dikongsikan oleh Dr. Suriyakathun. Selain sebagai penyumbang kepada kenaikan Hb, kupang juga mempunyai banyak kelebihan kepada kesihatan tubuh badan.

KUPANG oh kupang. Baca sampai hujung ya. Kupang boleh tercemar. Saya ini takut nak makan kupang, sebab kalau kupang itu tidak segar, saya akan mendapat reaksi alergik. Maka pada hujung minggu lalu, apabila keluarga semua meraikan harijadi cucu saya, saya makan sikit saja kupang dari jamuan Shellout yang dihidangkan. 

Namun begitu, anak saya Dr Aimi, makan sampai tiga pinggan kupang. Dia sedang mengandung dan walaupun hemoglobin (hb) dia masih normal ia agak rendah. Jenuh dah dia makan ubat hematinics untuk menaikkan hb dia. Sebab sedap sangat, dia makan tiga pinggan kupang  dan dapatlah episod buang air besar cair dalam tiga kali.

Tapi, surprise-surprise, bila periksa hb dia dua tiga hari selepas itu, Hb naik 2 unit tambahan! Saya pun carilah kot-kot ada research tentang kupang atau yang disebutkan green lipped mussel. Rupanya ada, memang kupang boleh menaikkan hb. Bukan sekadar itu saja ya, malah: 
  1. Ia mengurangkan sesetengah jenis lelah sebab kandungan anti radang yang ada padanya. Hati-hati ya, sebab ada orang alergik dengan kupang tau. 
  2. Satu cawan isi kupang ada 18 gram protein dan protein akan meningkatkan fungsi sel badan. 
  3. Ia juga mengurangkan sakit sendi sebab ciri anti radang yang ada padanya. Kajian menunjukkan orang Maori di New Zealand yang banyak makan kupang, kurang mendapat sakit sendi. 
  4. Tingkatkan fungsi otak disebabkan kandungan lemak wajib omega 3, juga DHA dan vitamin B 12. Omega tiga bentuk DHA yang penting untuk fungsi otak.
  5. Bantu peredaran darah dengan menguatkan dinding ateri (pembuluh darah). 
  6. Tingkatkan mood baik dan konsentrasi sebab kandungan vitamin B 12 yang tinggi.
  7. Bantu fungsi jantung mengikut kajian Persatuan Jantung Amerika. Ini pun sebab kandungan omega tiganya.
  8. Cegah anemia 100 gram kupang sangat tinggi kandungan zat besinya! 
  9. Kuatkan gigi dan urat (tendon) sebab ada vitamin C  jenis senang serap.
  10. Anti penuaan dengan kandungan mucopolysaccharides.

p/s: Awas! Banyak laut sumber kupang tercemar. Maka bersederhanalah makan. Ini kajian orang kita ye, tentang pencemaran. 

Awas, bahan pencemaran boleh terdiri dari PAH di mana bahan ini menganggu hormon endokrin termasuk progesterone di mana hormon ini dikeluarkan semasa mengandung. Janin lelaki boleh terpengaruh ke arah feminisasi. Jadi kalau saya walaupun ia ada kesan meningkatkan hb, elok elak semasa mengandung. Sayang seribu kali sayang, makanan yang baik jadi tak baik disebabkan pencemaran.

Antara pencemar air adalah detergent yang tidak biodegradable, sabun basuh kain yang kita guna. Saya sudah tukar kepada jenis biodegradable. Anda bila nak tukar? 

Terima kasih banyak kepada Dr Mohamad Pauzi Zakaria yang memberi input tentang PAH. Boleh baca kajiannya di ruang komen. 


Baca sendiri di sini


Post a Comment

0 Comments