Selain menambahkan susu ibu, halba juga ramuan untuk kuruskan badan


Apabila menyebut tentang halba, pastinya antara kita hanya memikirkan antara rempah ratus yang digunakan di dalam masakan. Sebagai contoh halba digunakan di dalam masakan nasi dagang, kari, gulai dan sebagainya. Siapa yang menyangka, sekecil halba itu sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada kesihatan tubuh badan.

Ada bermacam-macam cara yang digunakan untuk mengamalkan halba. Ada yang mencampurkan halba dengan madu, dicampurkan dengan teh, disangai dan diminum begitu sahaja. 

Kebiasaannya jika ibu yang menyusu, halba sudah pasti menjadi pilihan kerana halba boleh meningkatkan pengeluaran susu. Selain daripada itu, halba juga boleh diambil bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Bersenam selama 30 minit  setiap hari selepas minum secawan teh halba dikatakan boleh mengurangkan berat badan sebanyak 14 kilogram di dalam masa tiga bulan.

HALBA ini selalunya orang ambil untuk minum airnya. Katanya bagus untuk meningkatkan pengeluaran susu. Tetapi boleh juga ambil untuk kuruskan badan. Hanya perlu campur segelas air halba ini dengan dua sudu besar. Memang padu! Tapi banyak juga manfaat halba ini. Rugi kalau tak cuba minum air halba ini. 

Cara-cara untuk menyediakan air halba ini, pertama sekali masukkan dua gelas air ke dalam periuk. Masukkan satu sudu besar biji halba ke dalam periuk. Rebus sehingga mendidih. Setelah mendidih, terus tutup api dan tutup periuk supaya wap herba tidak terkeluar.

Setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas, kemudian masukkan dua sudu besar cuka epal/cuka kurma/ cuka anggur/ cuka delima (boleh diganti dengan perahan lemon juice atau abaikan jika tiada)

Teh halba ini boleh diminum begitu sahaja ataupun nak manis, masukkan sedikit CSR Gula Low G. Boleh amalkan resepi Teh Halba dan Teh Jintan manis secara berselang-seli, kedua-duanya baik untuk memantapkan organ dalaman tubuh.

Jika rajin, bersenam selepas minum secawan teh halba selama 30 minit setiap hari (sehingga tiga bulan, bersedialah untuk kehilangan 14 kilogram dari berat badan asal)

Antara kebaikan lain halba ini adalah halba ini mencuci perut, membantu mengatasi masalah kekurangan darah, melegakan masalah sakit kepala/ migrain, mengatasi masalah senggugut, menghilangkan lendir dan sakit tekak.

Selain daripada itu juga, halba dikatakan menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba juga merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.





Sumber: CSR Teman Sajian, Media Maklumat

Post a Comment

0 Comments